VeXcom – Grup Kawasaki Versys-X 250 jelajah selatan Thailand

0
VeXcom - Jelajah Selatan Thailand
VeXcom - Jelajah Selatan Thailand
 
IKLAN

VeXcom (Versys X Community Malaysia), grup yang Muda di persada dunia dua roda di negara kita. Grup yang ditubuhkan seawal bulan April 2018 dan terkini keahlian mencecah 182 orang.

Grup tertutup, di mana ahli-ahli hanya pemilik motosikal Kawasaki Versys-X 250.

 
IKLAN

Program Jelajah Selatan Thailand telah di rancang 2 bulan lepas. Pelbagai ujian di lakukan kepada ahli yang berminat untuk menyertai program.

Seramai 8 orang ahli yang berjaya melepasi tapisan yang di lakukan. Demi memastikan program berjalan seperti yang di rancang,kesihatan ahli yang terpilih adalah keutamaan.

Presiden VeXcom, En Shah yang juga ketua program berkata, “penjelajahan ke selatan Thailand sengaja di mulakan pada waktu malam.

Ini bagi melatih ahli yang terlibat dalam beberapa aspek, antaranya ialah ketahanan mental, sikap berkerjasama semasa menunggang terutama di waktu malam dan menguji keupayaan motosikal masing-masing dengan jarak perjalanan sejauh 1,700km”.

Baca:   5 koleksi varian Kawasaki Ninja sepanjang zaman (1984-2017)

Acara pelepasan telah diadakan di Ibu Pejabat Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) di Glenmarie, Shah Alam oleh Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, Hj Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengurus Besar dan Pengarah KMSB Datuk Jeffrey Lim serta ahli grup VeXcom serta ahli grup Malaysia Green Versys (MGV).

Faisal Zakaria atau lebih mesra di panggil Fai, merupakan perancang penjelajahan. Menurut beliau, grup VeXcom akan mula memasuki Thailand melalui pintu masuk di Wang Kelian.

Perjalanan selama 4 hari akan melalui beberapa daerah iaitu Krabi, Haadyai dan berakhir di Betong.

Apa kata anda?

avatar