Shell Malaysia perkenal Chatbot AI – Shell Lubechat

71

Alat chatbot yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) diperkenalkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn Bhd baru-baru ini. Alat ini dihasilkan untuk memudahkan akses masa nyata sokongan produk, perkhidmatan teknikal dan data pelincir bagi pengguna pelincir di Malaysia.

Shell LubeChat merupakan alat perkhidmatan pelanggan AI pertama syarikat ini. Alat seumpama ini digunakan di pasaran-pasaran utama secara global untuk membantu pengguna dan pelanggan pelincir.

Menggunakan nama Shelly, Shell LubeChat ini boleh diakses melalui versi komputer meja mahupun mudah alih dan beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu. Ia sentiasa bersedia untuk membantu dan menjawab pelbagai soalan mengenai pelincir. Ia juga akan memberikan cadangan yang berguna berkenaan jenis pelincir yang sesuai untuk penggunaan yang berbeza.

“Di Shell, kami sentiasa mengutamakan pelanggan dan pengedar dalam perniagaan kami. Kami sentiasa berusaha untuk membangunkan penyelesaian dan perkhidmatan baru yang menjadikan kehidupan lebih mudah dan menyenangkan, dan kami menjangkakan platform digital akan memainkan peranan yang penting pada masa akan datang,” kata May Tan, Pengurus Besar Pemasaran – Malaysia dan Singapura, Shell Lubricants.

Jom Baca:   Shell tawarkan peluang menangi percutian ke Itali, New Zealand dan Korea Selatan

Alat perkhidmatan pelanggan ini juga mempunyai kebolehan untuk membantu mengoptimakan kecekapan bagi pelanggan dan pengedar Shell dalam pelbagai cara.Ini termasuklah membantu mencari pelincir yang tepat untuk perkakas anda, memberikan akses kepada lembaran teknikal dan keselamatan bagi produk-produk Shell.

Ia juga memberikan akses untuk mengetahui kajian kes berkenaan pengalaman pelanggan dengan produk-produk Shell. Seterusnya chatbot Shell LubeChat akan mengesyorkan alternatif Shell sekiranya anda mempunyai masalah dengan produk yang digunakan sekarang. Ia juga akan membantu anda mencari pengedar berdaftar yang berhampiran.

Shell LubeChat adalah contoh terkini perkhidmatan yang disediakan oleh Shell Lubricants yang melangkaui penjualan atau pembekalan produk semata-mata. Ia membantu pelanggan membuat keputusan yang lebih baik dengan lebih cepat pada bila-bila masa dan membawakan kepakaran Shell kepada pelanggan dengan serta-merta.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Shell LubeChat di www.shell.com.my/lubechat.

Jom Baca:   Shell tawarkan peluang menangi percutian ke Itali, New Zealand dan Korea Selatan

VIDEO Pengenalan Chatbot:

Komen anda mungkin membantu