Yamaha MT-07 ‘Dark Attraction’ memasuki pasaran Malaysia

140

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) bakal memperkenalkan MT-07 edisi terbaharu. Superbike yang bertema kan ‘Dark Attraction’ ini bakal di perkenalkan bermula Oktober ini.

Jentera ‘Dark Attraction’ yang bergaya ini dibina dengan lengkungan yang lebih tajam, lampu belakang yang berbentuk seperti kanta. Ia juga dilengkapi dengan ‘air scoops’ yang baharu untuk prestasi lebih hebat daripada jentera Yamaha ini.

Motosikal berkuasa besar ini juga diberi penambahbaikan yang luar biasa kerana MT-07 ini juga dilengkapi dengan

  • Brek ‘ Anti-lock Braking System’ (ABS) pada tayar hadapan dan belakang.
  • Kerusi yang direka secara ergonomik bagi memastikan keselesaan semasa menunggang
  • Sistem gantungan keseluruhan pada ‘fork’ depan dan sistem gantungan belakang dilengkapi dengan pelarasan redaman pemulihan

MT-07 ‘Dark Attraction’ 689cc ini dilengkapi dengan enjin ‘crossplane’ 2-silinder menyalurkan kuasa berterusan yang menghasilkan kelajuan luar biasa dan menjimatkan penggunaan minyak.

Jom Baca:   [Video & Galeri Gambar]-Yamaha Y15ZR model baharu akhir lancar di Malaysia

Ia hadir dengan dua warna menarik iaitu biru gelap dan kelabu gelap yang dinamakan ‘Race Blue’ dan ‘Matt Grey’. ‘Race Blue’ boleh didapati bermula Oktober ini manakala ‘Matt Grey’ pula hanya boleh didapati bermula Januari 2019.

Setiap keluaran MT-07 baharu bakal hadir bersama cakera kunci tahan karat Yamaha yang unik.

Harga jualan bagi motosikal ini ialah RM38,288 termasuk cukai jualan tetapi tidak termasuk insuran dan bayaran pendaftaran.

Komen anda mungkin membantu