Porsche 935 ‘Moby-Dick’ versi moden

0

Porsche 935 yang asal diperkenalkan pada tahun 1976 turut dikenali sebagai ‘Moby Dick’ kerana badannya yang lebar dan besar kelihatan seperti ikan paus.

Jentera ini merupakan kereta lumba yang hebat kerana menjuarai pelumbaan 24 jam Daytona dan Sebring sebanyak 6 kali.

Porsche 935 ‘Moby-Dick’
Porsche 935 ‘Moby-Dick’

Porsche mendedahkan model 935 ‘Moby-Dick’ versi moden ini bersempena acara “Rennsport Reunion” di litar Laguna Seca Raceway, California.

Dibina dengan asas Porsche 911 GT2 RS sama seperti model asal dan ia bakal membangunkan kereta ini terhad kepada 77 unit.

Porsche 935 ‘Moby-Dick’

Model baharu ini juga menggunakan warna yang sama dengan model asal iaitu gabungan putih, merah dan biru Martini.

Kereta ini diperbuat daripada material komponen komposit gentian-karbon (CFRP). Menjadikan panjang jentera ini berukuran 4.87 meter berserta lebar berukuran 2.03 meter.

Porsche 935 ‘Moby-Dick’

Jentera hebat ini hadir dengan enjin boxer enam-silinder 3.8 liter dengan suapan dua pengecas turbo, menjana 700hp dan tork maksima 750 Nm.

Baca:   Gear manual masih popular untuk kereta, ini senarainya

Anggaran harga bagi Porsche 935 ‘Moby-Dick’ versi moden ini ialah RM3,381,682.20 ($817,167).

Apa kata anda?

avatar