Waze pada Apple CarPlay, integrasi yang ditunggu-tunggu telah tiba

152

Waze merupakan sebuah platform yang menyatukan komuniti yang berada di dalam mahupun di luar jalan raya. Waze telah mengumumkan integrasi dengan AppleCar baru-baru ini.

Misi integrasi kedua pihak ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memastikan pemanduan yang lebih selamat serta lebih mudah untuk pengguna.

Ia merupakan aplikasi navigasi pertama di CarPlay. Ia bakal memberi peluang kepada pengguna untuk menggunakan ciri-cirinya terus daripada peranti paparan dalam kereta.

Waze pada Apple CarPlay
Waze pada Apple CarPlay

Para pemandu kini boleh memuat naik aplikasi Carplay dan memandu ke destinasi yang ingin dituju. Pengguna hanya perlu menyambungkan iPhone mereka ke sistem yang menyokong CarPlay menggunakan kabel USB atau sambungan tanpa wayar (jika tersedia).

Kemudian hanya perlu mencari destinasi dan memilih laluan kegemaran, melaporkan isu-isu trafik dan banyak lagi.

“Kami berasa teruja untuk membawa kuasa komuniti Waze terus ke dalam konsol kereta para pemandu yang menggunakan Apple CarPlay,” kata Jens Baron dari Strategi Platform Waze.

Jom Baca:   Cara mudah dapatkan suara drifter Leona Chin untuk Waze anda!

“Ini membolehkan kami merealisasikan salah satu integrasi yang paling diminta para pengguna kami, dengan itu memberikan mereka peluang untuk menikmati faedah-faedah aplikasi ini pada paparan Apple CarPlay yang lebih besar.” tambahnya lagi.

Terdapat kira-kira 5.9 juta pengguna aktif bulanan di Malaysia yang menggunakan aplikasi Waze pada telefon pintar mereka.

Pengguna telefon Apple dan CarPlay kini ini boleh menggunakan aplikasi navigasi yang paling dipercayai dan disukai mereka dengan lebih mudah.

Aplikasi untuk CarPlay ini membolehkan para pemandu menikmati pengalaman Waze dengan mudah termasuk:-

Destinasi Kegemaran: Kemudi Navigasi ke destinasi-destinasi yang telah diprogramkan ke dalam aplikasi ini dengan mudah, semuanya dalam
satu ketikan.

Aturkan semua perkara yang diperlukan dalam sebuah skrin tontonan yang lengkap sebelum memulakan perjalanan. Termasuk keupayaan untuk
menyemak laluan-laluan alternatif dan menyesuaikan tetapan bunyi dengan mudah.

Pelaporan: Ia kini lebih mudah untuk membantu para pemandu lain dengan menu pelaporan visual berbanding sebelum ini.

Jom Baca:   10 kereta dengan nama wanita

Makluman: Terima makluman visual dan audio untuk terus dimaklumkan sambil mengekalkan kedua-dua tangan pada roda.

Waze untuk Apple CarPlay ini diperkenalkan secara beransur-ansur bermula 26 September ini.

Komen anda mungkin membantu