Ketahui 5 perbezaan model Volvo V60 lama vs baharu

128

Volvo kini telah menampilkan V60 Cross Country yang baru. Terdapat perubahan pada reka bentuk baharu nya yang lebih elegen dan moden berbanding model asal.

Walaupun tidak banyak perubahan drastik tapi kita masih dapat melihat perubahan yang diberi kepada Volvo V60 Cross Country.

Disini kami banding kan perubahan yang dilakukan volvo pada jentera Cross Country terbarunya:

1.Jika dilihat pada reka bentuk depannya, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat. Masih menggunakan lampu utama motif “Hammer of Thor”, jaring heksagon memanjang, bolong besar yang lebih rendah dan gaya hud yang sama pada kedua varian.

2.Secara dasarnya, perubahan ketara yang dapat dilihat disini ialah V60 Cross Country lebih tinggi berbanding V60 asal.

3.Perbezaan yang dapat dilihat pada reka bentuk belakang pula ialah ekzoz yang tampak lebih garang digunakan. Sesuai dengan reka bentuk yang lebih bergaya.

4.Bahagian yang menunjukkan perbezaan yang paling ketara adalah pada bahagian sisi. Selain daripada ketinggiannya yang lebih tinggi. Ia hadir dengan rim tayar yang menyerupai model Buick Regal TourX.

5.Rupa bahagian dalam pula diperbaharui dengan gaya yang lebih mewah. Jentera ini menggunakan warna kombo hitam dan ‘dark beige’.

Komen anda mungkin membantu