Triumph bekalkan enjin untuk Moto2 di kejohanan MotoGP

187

Power betul Triumph. Misi mengendap Motoqar kali ini berkisar program Triumph untuk tahun depan. Adakah benar Triumph akan mengambil alih dari Honda sebagai pembekal enjin untuk kelas Moto2 di kejohanan MotoGP.

Triumph bekal enjin untuk Moto2

Triumph akan membekalkan enjin bagi kategori Moto2 pada tahun hadapan. Enjin yang akan digunakan adalah enjin tiga selari 765 yang berdasarkan enjin yang menjana motosikal Street Triple 765 yang baharu.

Menurut Steve Sargent, Ketua Pegawai Produk Triumph, “Kami perlu mendapatkan lebih banyak kuasa dan lebih banyak tork dan ini dilakukan dengan meningkatkan revolusi dan mengurangkan inersia.

Standard 765 menjadikan kira-kira 123bhp dan kami menganjakkannya 135bhp dan kira-kira 80Nm.

Moto2

Pengubahsuaian ini mengubah had ‘rev’ dari 12,650rpm ke 14,000rpm untuk kuasa yang lebih besar di selekoh. Jentera Moto2 2019 juga akan dilengkapi dengan ECU Magneti Marelli yang bercirikan kawalan cengkaman.

Selain kawalan cengkaman, ECU juga membolehkan penggunaan kawalan mulaan dan ‘quickshifter’ dengan ‘autoblipper’.

“ExternPro, yang telah membina ke semua enjin Moto2 Honda sebelum ini, diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab yang sama.

Setiap enjin akan menjalani perlumbaan selama tiga minggu sebelum ianya dibina semula.”

 

Komen anda mungkin membantu