Shell Helix tulen dengan label ‘Untuk Pasaran MALAYSIA’

976

Keputusan untuk memulakan pengeluaran tempatan bagi produk rasmi Shell Helix tulen dikhususkan untuk pasaran Malaysia dan membolehkan pengecaman produk tersebut melalui label baru adalah langkah yang penting untuk menangani isu ini.

‘Untuk Pasaran MALAYSIA’ Kewujudan produk palsu dan tidak sah di pasaran menjejaskan keyakinan pelanggan dan memberi kesan negatif kepada perniagaan rakan niaga.

Shell Helix
Shell Helix

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan label baharu bagi barisan produk-produk Shell yang tulen dan juga rasmi untuk pasaran negara. Satu cara untuk para pelanggan pastikan bahawa produk Shell adalah tulen dan bukan produk palsu atau tidak sah.

Acara perasmian yang dilakukan oleh Dato’ Saifuddin Nasution, Menteri KPDNHEP dan turut bersama ialah Pengarah Urusan Shell Malaysia, En Shairan Huzani Hussain telah berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral.

Label baru terdapat pada lima produk terlaris dari Shell iaitu:

  • Shell Helix Ultra 5W 40 (4L)
  • Shell Helix HX7 10W 40 (4L)
  • Shell Helix HX7 5W 30 (4L)
  • Shell Helix HX5 10W 30 (3L)
  • Shell Helix HX5 15W 40 (4L)

Lima Produk Shell seperti senarai di atas mempunyai kod QR di dalam label baru apabila dikupas. Kod QR membantu pelanggan mengesahkan ketulenan produk tanpa sebarang keraguan.

Produk Shell kini diadun dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Cara-cara menentukan ketulenan minyak enjin Shell Helix:

Kupas label untuk pengesahan
Kupas label untuk pengesahan

Kupas label untuk mendedahkan kod QR. Imbas kod tersebut dan ia akan membawa anda ke laman pengesahan produk SHARE.

Lengkapkan butiran anda (nombor telefon, nombor kenderaan, kod produk dan kod kedai) dan hantar.

Keputusan pengesahan akan dihantar melalui SMS.

*Kod kedai boleh didapati di poster SHARE yang dipaparkan di cawangan SHARE yang mengambil bahagian.

Shell Helix
Shell Helix

Program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE). Program ini memberi banyak kelebihan seperti bonus pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell percuma (tertakluk kepada terma dan syarat).

Dengan Kod QR pelanggan boleh menyertai program ganjaran Shell Advantage Rewards (SHARE).

Komen anda mungkin membantu