Kawasaki Ninja H2R memenangi perlumbaan dengan jet pejuang F-16 dan jentera F1

0
 
IKLAN

Perlumbaan drag yang tak disangkakan dianjurkan di lapangan terbang baharu di Istanbul. Perlumbaan itu berlangsung bersempena festival aeroangkasa dan teknologi pertama di Turki.

Jentera hebat yang menyertai perlumbaan drag itu melibatkan jet pejuang F-16 milik pasukan demonstrasi Angkatan Tentera Udara Turki.

Kawasaki Ninja H2R itu ditunggangi juara dunia Kenan Sofuoğlu dan terdapat juga kereta lumba F1 yang dipandu Jake Dennis menyertai perlumbaan itu.

 
IKLAN

Tesla P100DL yang dipandu pemandu terkenal Emma Kimilainen, sebuah Lotus Evora 430 GT, sebuah Aston Martin Vantage, jet peribadi Challenger 605 turut menyertai perlumbaan hebat itu

Perlumbaan yang melibatkan jentera-jentera hebat berkuasa besar itu akhirnya dimenangi oleh Kawasaki Ninja H2R itu ditunggani Sofuoğlu. Sekali gus menyempurnakan impiannya yang ingin berlumba dengan jet pejuang F-16 dan kereta lumba F1.

Tak percaya? Tonton video ini untuk melihat kehebatan Kawasaki Ninja H2R

Baca:   Zaqhwan Zaidi terlepas podium ARRC

Apa kata anda?

avatar