Porsche hentikan produksi jentera diesel

0

Porsche kini secara rasminya menyertai pengeluar kereta yang tidak lagi akan menggunakan diesel.

Peningkatan pelaburan kepada kereta elektrik lebih banyak sekitar 63% jualan Panamera yang menggunakan kuasa elektrik di Eropah.

Permintaan kereta Porsche yang menggunakan kuasa diesel semakin berkurangan sejak beberapa tahun belakangan ini. Ia menyebabkan penurunan sebanyak 12% pada 2017.

Disebabkan pengurangan drastik itu, ia adalah tindakan bijak untuk Porsche tidak lagi mengeluarkan kereta yang menggunakan kuasa diesel.

Porsche Taycan

Tambahan pula, jentera berkuasa elektrik keluaran pertamanya iaitu Taycan menunjukkan prestasi yang baik.

Pengeluaran kereta elektrik dapat akan mengoptimumkan penggunaan petrol. Ia dapat membantu pengeluaran kereta sport yang akan memberi nama baik kepada portfolio Porsche.

Bukan hanya Porsche yang tidak lagi mengeluarkan kenderaan menggunakan kuasa diesel, malah beberapa syarikat lain juga akan turut mengikut langkah sama pada masa akan datang.

Rasanya hal ini bukan lah sesuatu yang buruk kerana ia akan membantu menyelamatkan alam sekitar. Bagaimana pula pendapat anda tentang penggunaan diesel?

Baca:   Porsche Cayman T lebih ringan bakal dilancarkan tahun depan

Apa kata anda?

avatar