Denise Mueller-Korenek mengayuh sehingga 296 kilometer sejam (km/j) dengan bantuan jentera drag yang memiliki 800hp.

Biarpun, wanita berusia 45 tahun itu sudah memecah rekod dunia sebelum ini yang mencatat kayuhan pada kelajuan 269 km/j pada tahun 1995 oleh Fred Rompelberg.

Dia mengayuh basikal di belakang jentera drag itu merentasi  Bonneville Salt Flat semasa melangsungkan Project Speed di Utah baru-baru ini.

Mueller-Korenek menunggang basikal seberat 16 kilogram, berukuran sepanjang 7 kaki yang hadir dengan bingkai gentian karbon. Ia juga menggunakan tayar moto dan pemegang yang stabil.

Pengayuh wanita berusia 45 tahun terbabit bukan calang-calang wanita kerana beliau telah menjuarai 13 kejuaraan kebangsaan dan dua Kejuaraan Dunia di jalan raya, trek dan perlumbaan mountain-bike sebelum dia bersara dari sukan itu.

Beliau juga telah menyertai Marathon Great Wall of China pada tahun 2016. Selain itu, wanita terbabit sudah pernah memecah rekod dunia sebagai penunggang basikal wanita pertama yang mencapai kelajuan 237.2 km/j.

Siapa kata hanya lelaki mampu melakukan perkara luar biasa dalam dunia automotif, perempuan juga boleh. Semoga kejayaan Denise Mueller-Korenek dapat menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

Sumber Project Speed Denise Mueller-Korenek Project Speed

Apa kata anda?

avatar