Nissan Navara Dark Sky jelajah galaksi

0
 
IKLAN

Nissan kini menonjolkan trak konsepnya yang dinamakan Navara Dark Sky Concept. Trak ini dibina dengan kolaborasi bersama Agensi Angkasa Eropah (European Space Agency).

Yang menariknya tentang trak ini, ia dikatakan boleh menunda trailer yang memuatkan kit pemerhatian ruang angkasa mudah alih.

kedua -dua trak dan trailer menggunakan tayar yang bunganya besar serta timbul untuk memudahkan perjalanan jentera itu. Ia juga dilengkapi dengan ‘Nissan ProPilot Assist system’ yang membolehkan jentera itu dipandu di jalan yang berliku.

 
IKLAN

Secara keseluruhan, Navara ini agak sama dengan model terdahulu, cuma yang menarik tentangnya ialah trailer yang mampu ditundanya.

Dari segi rupa bentuk pula, sentuhan baru diberikan kepada bampar depan yang dilengkapi dengan winch dengan perincian kemasan berwarna merah.

Selain itu, terdapat juga tambahan seperti rak bumbung, lampu LED serta pelekat yang disesuaikan dengan namanya – Navara Dark Sky

 

Baca:   Nissan GT-R R35 Black Edition berwarna merah untuk dipinang!

Model yang diperbaharui ini sangat berguna kepada para kaji angkasa tapi rasanya reka bentuk Navara kali ini lebih menarik dan nampak lebih sporty.

Bagaimana pula pendapat anda tentang reka bentuk dan kegunaan jentera ini?

Apa kata anda?

avatar