IOCamper – ‘Rumah’ yang boleh dimuatkan dalam van

0
 
IKLAN

Percutian boleh jadi sangat rumit lebih-lebih lagi jika mahukan percutian bajet. Kadang-kadang penginapan tidak selesa seperti rumah sendiri, tapi bagaimana kalau kita boleh bawa rumah ketika bercuti? Menarik bukan?

Ini satu daripada kemudahan yang ditawarkan IoCamper.

Ciptaan ini merupakan buah fikiran Tamas Laczko dari Hungary. Ia adalah kabin yang boleh dimuatkan dalam van yang bersaiz H1-, H2-, atau H3.

IoCamper boleh dimuatkan dalam Volkswagen Crafter atau Mercedes Sprinter tanpa perlu mengubah suai kenderaan itu.

Ia bersaiz 2.5 x 1.3 x 1.7 meter (8.2 x 4.3 x 5.6 kaki), tetapi saiznya boleh disesuaikan mengikut spesifikasi van.

Cara untuk muatkan IoCamper ini ke dalam van mudah dan tidak merumitkan. Hanya perlu lipat dan muatkan didalam van.

Untuk pemasangan pula, ia boleh dikawal dari jauh dengan menggunakan telefon bimbit, tablet, komputer riba, atau telefon pintar.

Komponen yang menarik pada IoCamper adalah kemudahan yang boleh dibawa. Ia dilengkapi penghawa dingin dan dapur yang berukuran 23 inci termasuk empat katil bersaiz penuh. Bekalan elektrik pula boleh didapati dari panel solar.

IoCamper boleh menjadi ciptaan yang sangat berguna. Pada masa sama, ia juga menarik untuk dapatkan penginapan yang selesa seperti rumah sendiri tapi ia ada satu masalah.

Kalau van dimuatkan dengan IoCamper, dimana penumpang akan duduk? Anda perlukan sebuah lagi kereta lain.

Baca:   2019 Kawasaki Z900 RS Cafe

Apa kata anda?

avatar