51 Ferrari musnah akibat Taufan Jebi di Jepun

1

Taufan Jebi membadai Jepun pada awal minggu lalu menyebabkan kemusnahan besar di Pusat Pengedar Ferrari di pulau Rokko. Pulau buatan di bandar Kobe itu dibadai taufan terkuat yang pernah melanda Jepun sejak tahun 1993 dan pusat pengedar itu selepas dibanjiri air setinggi 3 kaki.

Yahoo Jepun melaporkan taufan itu memusnahkan tidak kurang daripada 51 daripada 53 Ferrari baru dan terpakai ditempatkan terbabit.

Pekerja di pusat pengedar itu cuba menghalang air yang dibawa ribut dari memasuki gudang itu menggunakan ‘terpal’ dan beg pasir namun usaha mereka gagal.

Air laut memasuki gudang dan memusnahkan 51 Ferrari yang tidak boleh dibaiki lagi. Ia menyebabkan pengedar terpaksa menggunakan trak untuk mengalihkan semua jentera mewah itu.

Jumlah keseluruhan Ferrari yang rosak itu dianggarkan sebanyak USD 9juta.

Media tempatan Jepun melaporkan syarikat itu menuntut kerugian menggunakan khidmat insurans. Namun perniagaan mereka akan tetap terjejas buat jangka masa yang agak panjang.

Walaupun ia tidak mustahil untuk membaiki kereta yang rosak akibat banjir, ia memakan kos yang tinggi. Ini kerana ia akan melibatkan pembinaan semula enjin kenderaan itu.

Sumber Blic News

Baca:   Roll-Royce milik Muhammad Ali bakal dijual

1
Apa kata anda?

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
John Recent comment authors
newest oldest most voted
John
Guest
John

Fuhh, mcm tu jer…