Valentino Rossi pakai helmet inspirasi filem ‘Back to the Future’

136

Valentino Rossi mendedahkan reka bentuk helmet terbarunya di Misano MotoGP dan ia diilhamkan dari filem ‘Back to the Future’.

Tiada yang lebih indah pada pagi Sabtu buat Rossi di trek MotoGP Misano melainkan rekaan helmet terbaru miliknya.

Tahun ini juara dunia sebanyak sembilan kali itu meraikan kepulangannya ke Misano dengan topi keledar AGV Pista GP R yang direka khas dengan menggunakan grafik ‘Back to the Future’.

Rekaan grafik watak Marty McFly dan Doc pada topi keledar itu ditukarkan kepada wajah Valentino dan ketua krewnya, Silvano Galbusera.

 

Jom Baca:   Hafizh Syahrin berlatih guna jentera sendiri

Komen anda mungkin membantu