[VIDEO] Ciri menarik Ford F-150 Raptor 2019 untuk redah ‘Off-Road’

155

Ford F-150 Raptor 2019 tidak mempunyai banyak perubahan, tetapi ianya didatangi dengan pembaharuan beberapa ciri menarik seperti Fox Racing shocks yang boleh laras secara elektronik, kerusi Recaro dan beberapa warna baru untuk jentera ini .

Ia juga kini dilengkapi dengan ciri off-road yang dikenali sebagai Trail Control yang mana ia mampu mengawal pemanduan ketika off-road.

Jentera ini membolehkan anda menetapkan kelajuan antara 1 dan 30km/j untuk pemanduan off-road dan akan mengekalkan kelajuan itu. Bukan itu sahaja, ia juga mampu melaraskan berapa banyak kuasa pada setiap roda untuk daya tarikan optimum.

Ford mengeluarkan video untuk menunjukkan cara jentera itu berfungsi. Satu ciri yang sangat berguna pada kenderaan itu ialah ia mempunyai mod untuk membantu trak supaya tidak tersekat dalam pasir atau lumpur yang dalam.

Ford juga berpendapat sistem itu boleh berfungsi pada mana-mana tetapan pacuan empat roda yang lain.

Komen anda mungkin membantu