6 tips kekal segar ketika memandu jauh

    0

    Kemalangan membabitkan kenderaan kerap berlaku bukan? Lebih-lebih lagi kemalangan yang terjadi ketika pemanduan jauh. Para pemandu sudah tentu maklum pemanduan jarak jauh sangat meletihkan dan membosankan.

    Bagi mengelakkan perjalanan yang membosankan dan memenatkan, perkara ini harus dilakukan sebelum memulakan perjalanan anda:

    1. Tidur yang cukup – satu perkara wajib dilakukan sebelum memulakan perjalanan yang jauh untuk mengelak rasa mengantuk ketika memandu.
    2. Membawa bekalan makanan – untuk memastikan anda tidak terlalu lapar ketika perjalanan kerana memandu dalam keadaan lapar boleh menyebabkan keletihan tetapi tidak pula disarankan makan terlalu banyak.
    3. Bawa bekalan air masak yang secukupnya – bagi memastikan anda terhidrat.
    4. Berhenti di R&R –  untuk merehatkan dan menyegarkan badan setelah beberapa jam memandu.
    5. Makan gula-gula sewaktu memandu – bagi mengelakkan anda hilang fokus dan mengantuk ketika memandu.
    6. Hiburan dalam kereta –  hiburan seperti lagu mahu pun berborak dengan pasangan atau rakan bukan sahaja dapat mengelakkan anda dari mengantuk, malah penumpang juga turut terhibur.

    Ini lah tips-tips yang dapat kami kongsikan bagi memastikan anda sentiasa fokus dan segar sepanjang perjalanan. Pastikan juga kenderaan anda diservis dan dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan.

     

    Baca:   Vinfast guna platform BMW untuk bina kereta baru

     

    Apa kata anda?

    avatar