Kapal mewah LY650 hasil binaan Lexus

181

Sebelum ini, Lexus memberi sedikit bayangan ataupun teaser mengenai kenderaan keunggulan keempat (fourth flagship) mereka, sebagai tambahan kepada sedan, LS; SUV, LX dan Coupe, LC.

Adakah ia pengeluaran kereta unik atau enjin dengan silinder yang sedikit? Semua itu adalah salah, apabila Lexus memperkenalkan sebuah kapal mewah di bawah jenama berkenaan.

 layar yang berukuran 65.5 kaki itu mempunyai tiga buah kabin khas (bilik), 3 buah bilik air dan kapal ini boleh menempatkan penumpang seramai 6 orang.

Ia dikuasakan dengan menggunakan pilihan enjin marin  Volvo IPS 1200 atau Volvo IPS 1350 dan boleh menampung sebanyak 1000 gelen bahan api.

Lexus memaklumkan bahawa reka bentuk LY 650 diinspirasikan daripada maklum balas  orang awam terhadap reka bentuk Lexus Sport Yacht Concept yang berukuran 42 kaki.

Selain itu, Lexus LY 650 akan menyertai bersama-sama di ruang laut yang dipenuhi dengan kapal layar mewah dari jenama terkenal seperti Porsche, Bugatti, Migaloo dan Aston Martin.

Bagi membina kapal itu, Lexus memberi peluang kepada Marquis-Larson Boat Group yang berpengkalan di Winconsin untuk membina, menjual dan menyediakan servis kepada jentera mewah berkenaan..

Walaupun bukanlah sebuah kapal mewah yang baharu dari Lexus seperti yang dijangkakan, akan tetapi reka bentuk kapal layar itui amat cantik.

Kami berharap kami akan dapat peluang untuk menaikinya nanti.

Komen anda mungkin membantu