Weststar Maxus perkenal V80 van komersial terbaru

0
 
IKLAN

Kemajuan ekonomi di wilayah utara menjadi antara faktor utama yang mendorong Westar Maxus membuka pusat 3S miliknya yang baharu di Bukit Mertajam. Pembukaan pusat jualan, servis dan alat ganti itu dilaksanakan bagi memberi khidmat sokongan yang amat diperlukan kepada pelanggan-pelanggan Maxus sedia ada dan akan datang di negeri-negeri di utara.

Pusat 3S terbaharu itu akan dijadikan sebagai hub Weststar Maxus di wilayah utara bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk pelanggan-pelanggannya di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Syarikat itu menjangkakan jualannya akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 30% dengan perluasan rangkaian produk dan pakej perkhidmatan serta kempen promosi yang menarik.

 
IKLAN

“Kami sedang membuat satu lonjakan besar untuk menjadi pemain utama dalam industri automotif di Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Weststar, Datuk Vikram Menon. “Kami telah memperluaskan lagi penawaran dengan memperkenalkan model-model terkini yang telah menerima pelbagai anugerah seperti Maxus G10 dan Maxus V80, dan mengembangkan lagi rangkaian pusat pameran serta perkhidmatan selepas jualan bagi mencapai matlamat tersebut.”

Baca:   Roll-Royce milik Muhammad Ali bakal dijual

Menon menjelaskan bahawa komponen perkhidmatan selepas jualan merupakan sebahagian daripada pelan untuk mengembangkan jenama Weststar Maxus. Pembukaan pusat terbaharu itu berserta dengan pengedar perkhidmatan dilantik di wilayah berkenaan membolehkan pelanggan-pelanggan kami mendapat khidmat daripada juruteknik-juruteknik yang terlatih. Kami juga sedang merancang untuk membuka satu lagi pusat 3S di Alor Setar dimasa depan bagi mengukuhkan lagi kehadiran Weststar Maxus di wilayah utara.

Pelancaran pusat 3S baharu di Bukit Mertajam itu diadakan serentak dengan pengenalan van komersial Maxus V80 2018. Van komersial yang berdaya saing dari segi kos itu boleh diubahsuai bagi memenuhi keperluan sesebuah perniagaan itu sendiri. Antara pelanggan-pelanggan fleetnya yang kian berkembang termasuklah Eco Coach Travel and Tours, DHL, Federal Express dan FFM-Massimo. Selain daripada itu, beberapa agensi kerajaan seperti Tentera Udara DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mempunyai fleet van itu yang besar.

Maxus V80 menawarkan kadar penggunaan ruang yang paling tinggi, jarak kelegaan tanah serta ketinggian dalaman yang terbaik berbanding van-van komersial yang lain. Ia juga berjaya melepasi ujian kenderaan jalan raya ECE yang paling ketat di dunia yang dilakukan dalam keadaan paling buruk termasuklah suhu terlampau sejuk serta terlampau panas, dan pada altitud tinggi. Dengan sokongan serta sumber global syarikat automotif terbesar China, SAIC Automotive Co Ltd, Maxus V80 mengguna pakai bahagian serta komponen daripada pembekal komponen ternama dunia.

Baca:   Valentino Rossi pakai helmet inspirasi filem ‘Back to the Future’

Fleksibiliti van panel Maxus V80 membolehkan pengubahsuaian serta transformasi dilakukan terhadapnya untuk dijadikan sebagai pejabat bergerak, trak makanan serta dapur, ambulans, perpustakaan bergerak, kenderaan penghantaran dan sebagai galeri pameran jualan bergerak. Sementara itu, van bertingkap Maxus V80 yang direka bentuk sebagai kenderaan pengangkutan bersaiz penuh merupakan peneraju bagi kenderaan kategori berkenaan dari segi saiz dan ruang. Van itu boleh memuatkan 15 penumpang dengan selesa.

“Kami sedang melaksanakan transformasi dan komited untuk meningkatkan jurang kualiti dengan membina kenderaan mampu milik dan cekap bahan api pilihan pengguna Asian,” jelas Menon. “Van komersial Maxus V80 baharu didatangkan dengan beberapa ciri yang telah dipertingkatkan dan mempunyai ruang yang sangat luas. Ia mempunyai segala ciri-ciri yang menjadikannya sebagai van komersial yang bernilai untuk wang dansememangnya ‘Built to Work’.”

Di dalam pasaran kenderaan komersial hari ini yang sarat dengan kenderaan komersial dan pengangkutan pelbagai guna yang dijual pada harga yang tinggi, Maxus V80 sememangnya paling menonjol diantara para pesaing yang lain.

Baca:   IOCamper - ‘Rumah’ yang boleh dimuatkan dalam van

Weststar Maxus turut merancang untuk melancarkan Maxus V80 versi elektrik sepenuhnya yang dikenali sebagai EV80 dalam tempoh terdekat sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau syarikat tersebut.

“Cadangan berkenaan benar-benar melambangkan kesungguhan Weststar Maxus untuk mengurangkan jejak karbon dan pada masa sama mengeluarkan kenderaan berfungsi sepenuhnya dengan kos operasi yang sangat kompetitif,” ujar Menon.

Bersempena dengan pelancaran Maxus V80 baharu, Weststar Maxus menawarkan insentif yang sangat menarik untuk pelanggan Maxus V80 iaitu servis percuma 150,000 km dengan tiga tahun waranti. Servis percuma untuk semua model Weststar Maxus termasuklahalat ganti, upah buruh serta pelincir.

Apa kata anda?

avatar