BHPetrol beri baucer RM155K kepada pelanggan Shopee

129

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bakal memberi ganjaran pelanggan yang membeli di laman sesawang atas talian,Shopee dengan baucer BHPetrol bernilai sehingga RM155,000.Ganjaran itu diberikan sempena acara promosi Hari Pembelian Super 9.9 Shopee,acara tahunan serantau yang berlangsung bermula 27 Ogos sehinga 9 September 2018.

BHPetrol bekerjasama dengan Shopee untuk membawa nilai tambahan untuk semua pembelian d kedai ‘Fulfilled by Shopee'(FBS).Dalam tempoh 14 hari itu,pengguna berpeluang memenangi baucar RM3 BHPetrol dengan setiap pembelian pada FBS.Pastikan juga anda tidak terlepas peluang pada acara Hari BHPetrol berlangsung 7 September di mana pengguna berpeluang menerima baucar BHPetrol RM 10.Pelanggan yang menerima baucar BHPetrol RM3 atau RM10 boleh menebusnya dengan pembelian minimum RM20 bahan api dan barangan (tidak termasuk Touch n ‘Go,perkhidmatan e-pay dan tembakau) di semua stesen BHPetrol.

Komen anda mungkin membantu