“Sangat kecewa dengan kesilapan di pit” – Rossi

113

Penunggang Yamaha, Valentino Rossi,sangat kecewa dengan kesilapan di dalam”PIT”.Natijahnya Rossi terpaksa bermula di petak ke-12  di Grand Prix British MotoGP.

“Ini memalukan kerana saya fikir pada pusingan terakhir akan menghasilkan kedudukan di petak ke 5, bermula pada baris kedua, itu keputusan yang baik,namun sebaliknya berlaku.

“Malangnya kami membuat kesilapan di dalam “PIT” dan kami kehilangan terlalu banyak masa untuk menukar tayar belakang.”

“Strategi itu ok, kami mempunyai tayar yang betul, tetapi kami melakukan kesilapan di “PIT” dan kami sedikit malang. Oleh itu, kita perlu bermula dari baris keempat, ia akan menjadi lebih sukar.”

 

Maverick Vinales hanya terpantas ke-11, walaupun mengetuai sesi latihan keempat yang berlaku sebahagian besarnya dalam keadaan kering,sehingga bermandi hujan lebat sebelum sesi ditamatkan.

Komen anda mungkin membantu