1st SMJPJ Motorsports Jamboree

0

Kemalangan jalan raya merupakan satu ancaman  kepada negara kita.Kemalangan setiap hari berlaku,secara purata statistik tahun 2016 hampir setiap hari 20 nyawa melayang.Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum mencapai sasaran yang diharapkan.

SKUAD MUDA JPJ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terenganu telah menganjurkan satu program yang bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli SMJPJ seluruh Malaysia.

Program yang dikenali 1st SMJPJ MOTORSPORTS JAMBOREE telah berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,Gong Badak,Kuala Nerus, Terengganu.Program bermula pada 17 Ogos dan berakhir 19 Ogos 2018.

Dato’ Sri Ismail Ahmad,Pengerusi SKUAD MUDA JPJ yang juga mantan Ketua Pengarah JPJ Malaysia,menegaskan kemahiran mengendalikan kenderaan merupakan aspek terpenting dalam mencegah kemalangan jalanraya.

Program yang bertujuan mendidik dan menyedari masyarakat tentang keselamatan jalanraya serta kaedah pemanduan dan menunggang motosikal dengan cara yang betul dan selamat.

Wakil menteri Besar Terengganu iaitu YB Hj Wan Sukairi Wan Abdullah,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Ngo Terengganu telah merasmikan program tersebut.

Kehadiran pengunjung tempatan yang agak memberangsangkan tidak melepaskan peluang mendengar syarahan dari pakar ‘Smart Driving dan ‘Smart Riding’ yang didatangkan khas bagi menjayakan program.

Kehadiran “Pak Busu” Ikon Drift meriuhkan lagi deruman enjin di acara Drift .Pak Busu “OKU”berpengalaman berjaya memukau pengunjung dengan aksi drift yang hebat.

Program peringkat Zon Pantai Timur melibatkan Terengganu,Kelantan dan Pahang dijangka akan menjadi program tahunan SMJPJ.

 

 

Apa kata anda?

avatar