Suzuki Jimny adalah sebuah jentera pacuan empat roda yang lasak dan mempunyai sejarah mengagumkan dalam pengeluarannya. Jika dilihat pada rekaannya, ia sememangnya agak membosankan dengan bentuk berkotak-kotak.

Bagaimanapun berbeza pula dengan jentera yang menerima sentuhan penala terkenal daripada Jepun menerusi Liberty Walk.

Generasi baharu Suzuki Jimny dengan talaan Liberty Walk membuatkan jentera pacuan empat roda kompak ini benar-benar bergaya seakan-akan model Mercedes-Benz G-Class.

Apa yang kami faham, memang pun Liberty Walk menjadikan Mercedes-Benz G-Class sebagai inspirasi untuk  kit badan bagi jentera jenama Jepun itu.

Lihat pada bahagian hadapan, Suzuki Jimny dipadankan bampar seakan-akan model G-Class yang mana corong udara berpetak dan menggunakan lampu siang LED.

Sebagai tambahan, bampar itu juga dipadankan kit badan hitam, manakala cangkut perak turut dipadankan.

View this post on Instagram

Liberty walkダブル発表🙂 カスタムは遊び心が一杯🙂 ジミニー?いやいやG-MINI🙂ワァーオ http://libertywalk.co.jp/ LB★WORKS Mercedes G Class & lb★nation G mini (Suzuki Jimny) We are pleased to announce the launch of first LB SUV in our history!! New LB style and more aggressive! It will be released this year!! We accept pre order now! More info : nishio@libertywalk.co.jp @libertywalkkato #gclass #mercedesbenz #gwagon #g63 #jimny #suzukijimny #g550 #g350 #libertywalk #lbworks #lbperformance #lbnation #fiexhaust #forgiato

A post shared by Wataru Kato (@libertywalkkato) on

Penala Jepun yang sebelum ini terkenal dengan hasil kerja bagi model Lamborghini dan Nissan GT-R menghasilkan bonet seperti G-Class.

Seperti biasa, jentera ini dilebarkan dengan padanan aksesori pada dapra sisi dengan diletak pemijak kaki serta di bahagian bumbung dilengkapi lampu kabus supaya tampak agresif.

Pengasas Liberty Walk, Wataru Kato menunjukkan imej jentera itu dalam laman sosialnya menerusi Instagram dan mengumumkan tempahan sudah dibuka.

Harganya tidak diumumkan, tetapi kit badan itu sudah pasti bernilai ribuan ringgi.

Baca:   6 tips kekal segar ketika memandu jauh

Apa kata anda?

avatar