Kawasaki Charity Ride – Temerloh

0

Kehadiran teman-teman memberi semangat dan mendoakan agar penyakit saya segera sembuh sudah cukup memberi kekuatan dan semangat untuk saya bertahan dengan izin Allah,dalam nada perlahan Saharuddin Sulaiman membisikan kepada “Motoqar”yang berkesempatan menziarahi beliau bersama Konvoi Kawasaki Owner Grup.

Keadaannya sekarang semakin lemah sehingga membataskan pergerakan.”Motoqar”  di maklumkan kanser usus yang dihadapi beliau kritikal dan di tahap 4.Saharuddin yang juga seorang bikers yang dulunya aktif  bersama grup kawasaki terpaksa melupakan hasrat akibat penyakit Kanser Usus yang ditanggung semenjak 2 tahun lepas hinggalah sekarang.

Sumbangan wang tunai sebanyak RM3,500  hasil kutipan derma dari bikers yang hadir serta sumbangan peribadi dari Presiden Iron Tiger Lady Bikers Kuching, disampaikan oleh wakil KOG En Ahmad Radhi Abd Rahman.Kawasaki Charity Ride Ke Temerloh melibatkan 120 buah motosikal dibawah penganjuran Kawasaki Owner Grup(KOG).

Sebanyak RM 5,000 sebulan diperlukan oleh Saharuddin bagi menampung kos perubatan.Ini termasuk kimoterapi dan ubat-ubatan.”Motoqar” berharap jika ada grup atau kumpulan bikers yang ingin menziarahi atau menyumbang kepada Saharuddin Sulaiman boleh berhubung dengan En Ahmad Radhi dari Kawasaki Malaysia.

Apa kata anda?

avatar