Kawasaki KX450 -2019

97

Produk 2 roda semakin hangat,bagai cendawan tumbuh. Motoqar terdengar kisah jentera ini, varian Enduro terkini, Kawasaki KX450 enjin dikatakan lebih berkuasa dan casis aluminium lebih ringan.

Dengan berat 110kg, Kawasaki  mengubahsuai semula motosikal silinder tunggal 449cc itu bagi membolehkan kuasa puncak lebih maksimum serta dilengkapi klac hidraulik dengan tindakan tuil ringan.

Kawaski KX 450 ini dipadankan dengan bingkai perimeter aliminium yang ringan. Pada masa sama, ia dilengkapi lengan ayun baru bagi meningkatkan daya tarikan dari roda belakang.

Kestabilan dan kawalan yang lebih jitu dititik beratkan pada model KX 450. Fork 49mm jenis terbalik (inverted coil spring forks) di hadapan sama seperti digunakan motosikal lumba. Sementara brek depan dengan cakera 270mm dan cakera belakang 250mm untuk memberi kuasa cengkaman lebih baik.

Bagi memudahkan penunggang, pelana direka lebih panjang dan selesa, manakala tangki minyak  ke bawah dan rata. Selain itu, kedudukan enjin terlindung kemas.

Jom Baca:   Nissan GT-R Nismo GT3 edisi 2018 jana lebih 550PS.

Demi memastikan motosikal memenuhi kehendak penunggang, ia ditawarkan dengan empat pilihan posisi pemegang hendal dan dua kedudukan pemijak kaki yang boleh diubahsuai.

Bagaimanapun, Motoqar difahamkan ia hanya ditawarkan dengan warna Lime Green.

Komen anda mungkin membantu