Honda Civic EJ6 jentera idaman buat peminat ‘H’.

188

Honda Civic EJ6 yang anda lihat ini, bukannya sebuah jentera biasa-biasa dan memiliki ciri keistimewaan tersendiri. Bagi pemiliknya yang mahu dikenali sebagai Atam, dia sememangnya meminati jenama Honda itu sehingga mencapai realisasi untuk memilikinya.

Jentera kesayangannya itu tidak dibiarkan dalam keadaan stok. Pastinya tangan yang gatal pasti berhubung dengan otak bagi mengubah keseluruhan kenderaan berkenaan supaya tampak lebih menarik.

Jika dilihat pada bahagian luarannya, ia menerima sentuhan kit badan Mugen Aero 96 dengan lampu belakang sonar.

Penampilannya tampak lebih menyerlah dengan padanan rim Mugen MF10 berukuran 15 inci serta tayar Advan Neova AD08 keseluruhannya. Difahamkan, rim Mugen MF10 ini sememangnya mahal.

Menjengah ruang kokpitnya pula, kemasan warna merah pada kerusi dan pelapik kaki membuatkan jentera itu kelihatan sporty serta unik.

Antara perubahan yang boleh dilihat adalah meter paparan dan tempat duduk milik Honda Civic EK9, selain padanan meter Defi Mugen RPM, meter Defi ‘fuel press’ serta ‘monkey bar’ dari Cusco.

Jom Baca:   Honda CB1100 RS dilancar, RM76k, gaya sport klasik

 

Selain itu, rangkaian kuasa yang digunakan pada jentera berkenaan adalah enjin sangat hebat prestasinya dan sangat popular.

Enjin berkod B18CR menjadi pilihan pemiliknya. Biarpun memiliki kuasa sempurna, ia sudah dinaik taraf bagi memberi lebih kepuasan ketika pemanduan.

Aci sesondol Toda yang dipadankan di dalam enjin turut diikat bersama ‘pulley’ (kapi) boleh laras milik Works Engineering.

Selain itu, ia dilengkapi dengan spring injap dari BC serta ‘retainer’ dari jenama sama. Pelindung enjin pula digantikan produk Mugen yang tampak lagi menawan.

Kedudukan enjin lebih kukuh dan mantap dengan padanan ‘mounting’ enjin dari Hasport yang dipasang pada penjuru enjin.

Kotak gearnya turut dipadankan bersama ‘final drive’ Type R 4.7 dan juga klac berprestasi Ogura yang pastinya cukup cekap untuk menghantar kuasa ke bahagian roda.

Pengurusan enjin pula dipertanggungjawabkan kepada unit ECU Hondata yang melakukan talaan lebih hebat keseluruhannya.

Jom Baca:   Honda Jazz 2020 akan dijana 1.0-liter turbo dan 1.5-liter hibrid?

Pada masa sama, gas karbon yang terhasil dari dalam enjin ditolak keluar terus menuju ke peredam bunyi GP Sport.

Sementara itu, kestabilan jentera itu boleh diubah mengikut kesesuaian melalui sistem suspensi boleh laras BC.

Malah, kekuatan casis badan kereta lebih kukuh dengan penggunaan ‘strut bar’ dan ‘tower bar’ Mugen disamping lower arm dari Hardrace.

Terakhir ubah suai yang dilakukan adalah sistem brek selepas menggunakan komponen daripada model Civic EK9 bagi memberi tahap cengkaman lebih cekap.

Kredit: Drebar.my

Komen anda mungkin membantu